Bekalan

Papan Tanda Projek JKR — Spesifikasi & Pembekal Bertauliah

Reka, fabricate dan supply papan tanda projek JKR (Type A, B, C) ikut arahan KPKR. Dari kilang Bangi ke seluruh Malaysia.

Untuk siapa

Setiap projek JKR perlukan papan tanda

Bila JKR award kontrak — projek pembinaan jalan, drainage, jambatan, building works atau rehabilitasi — main-con wajib pasang papan tanda projek di tapak ikut arahan KPKR (Ketua Pengarah Kerja Raya) dalam tempoh 14 hari dari mobilisasi. Saiz, layout dan content ditentukan oleh nilai kontrak. Muhibah fabricate semua tiga Type (A/B/C) dari kilang Bandar Teknologi, Bangi — galvanised steel post, reflective sheeting class 1, printing tahan UV, dan boleh deliver-and-install nationwide.

Sebagai G7 CIDB contractor sendiri, kami faham apa yang JKR audit periksa di tapak — kami tak just produce papan tanda; kami pastikan ia comply 100% supaya tak ada NCR semasa progress check.

Type A

Projek >RM10 juta. Saiz 3.0m × 1.8m, double-post galvanised, full reflective. Untuk highway, infrastructure besar.

Type B

Projek RM500k – RM10 juta. Saiz 2.4m × 1.2m, double-post galvanised. Most common untuk projek JKR negeri/daerah.

Type C

Projek ≤RM500k. Saiz 1.2m × 0.6m, single-post. Untuk minor works, periodic maintenance.

FAQ

Soalan Lazim — Papan Tanda Projek JKR

Apakah saiz papan tanda projek JKR yang diperlukan untuk projek RM500,000?
Mengikut arahan KPKR (Ketua Pengarah Kerja Raya), projek bernilai RM500,001 hingga RM10 juta memerlukan papan tanda saiz Type B — biasanya 2.4m × 1.2m, mounting steel galvanised, full reflective sheeting, dengan logo JKR, nama agensi, kontraktor, perunding, tarikh mula dan tarikh siap. Untuk projek <RM500k, Type C (1.2m × 0.6m) sudah memadai.
Beza Type A, Type B dan Type C papan tanda projek JKR?
Type A = projek >RM10 juta (saiz besar 3.0m × 1.8m, double-post galvanised). Type B = RM500k–RM10m (2.4m × 1.2m, double-post). Type C = ≤RM500k (1.2m × 0.6m, single-post). Semua mesti reflective dan ikut warna corporate JKR (latar putih, garisan merah, teks hitam).
Muhibah supply papan tanda projek JKR untuk semua negeri?
Ya. Kami fabricate di kilang Bandar Teknologi (Bangi, Selangor) dan deliver nationwide melalui fleet sendiri. Include installation di tapak jika perlu. Lead time biasanya 7–10 hari kerja dari order confirm.
Boleh customise teks dan logo agensi pada papan tanda?
Wajib custom — setiap papan tanda projek JKR unique kepada projek tersebut (nama projek, JKR negeri, kontraktor, perunding, nilai kontrak, durasi, tarikh). Hantar template lengkap atau JKR project info, kami draft proof untuk kelulusan sebelum fabrication.
Berapa harga papan tanda projek JKR?
Bergantung kepada Type, kuantiti dan deliver location. Rough guide: Type C dari RM800–RM1,200/unit, Type B RM1,500–RM2,500/unit, Type A RM3,000–RM4,500/unit (termasuk fabrication, reflective, post galvanised). Bulk order ada discount. WhatsApp +6012-351 3349 dengan spec untuk firm quote.